🔷 BUKU MINDA SYARIAH KEWANGAN ISLAM 🔷
Sungguhpun ramai yang mengetahui mengenai kewangan Islam, namun kehidupan dan minda para cendekiawan Syariah yang berkecimpung dalam bidang ini terus diselubungi misteri. Sepanjang empat puluh tahun yang lalu, cendekiawan Syariah mengelak daripada membicarakan hal-ehwal mereka secara terbuka dengan pihak berkepentingan dalam industri kewangan Islam. Sebaliknya, mereka cenderung ‘berkubu’ dan terus memasak diri sedalam-dalamnya. Ini mewujudkan pengetahuan yang tidak sempurna, malahan tanggapan negatif pada mereka.
“Minda Syariah Kewangan Islam” adalah buku pertama yang membongkar cerita balik tabir seputar pelbagai aspek yang mewarnai kerjaya seorang penasihat Syariah. Yang lebih menarik lagi adalah buku ini ditulis salah seorang cendekiawan Syariah dalam kalangan peneraju khidmat nasihat Syariah bagi kewangan Islam. Inilah kisah beliau. Buku ini bukan sahaja memberi pencerahan, malah seronok dibaca.
Dengan beraninya, buku ini membincangkan pelbagai isu, termasuk percanggahan kepentingan ekoran keanggotaan berbilang oleh beberapa orang cendekiawan Syariah dalam Badan Penasihat Syariah, yuran profesional Syariah yang dianggap terlalu mewah, monopoli oleh beberapa orang cendekiawan Syariah utama dunia, pembangunan para cendekiawan Syariah muda, persepsi kewujudan konflik antara cendekiawan Syariah Malaysia dan cendekiawan Syariah negara GCC, membelek fatwa dan banyak lagi persepsi antagonistik pada cendekiawan Syariah.
Sementalahan, buku ini juga menawarkan penilaian membina mengenai penasihat Syariah dengan matlamat melonjakkan lagi khidmat nasihat Syariah dan juga industri kewangan Islam secara keseluruhannya. Buku ini mendokong hasrat bagi menambah baik piawaian tadbir urus, yang menekankan pada ketelitian, kecekapan dan kemahiran para cendekiawan Syariah.
Tidak lupa juga, buku ini diharap mampu memangkinkan pengwujudan generasi baru cendekiawan Syariah dengan memberikan tip-tip berguna dan rahsia-rahsia kerjaya, yang bersumberkan pengalaman industri pengarang selama dua dekad.
BOLEH HUBUNGI MAKLUMAT BERIKUT UNTUK URUSAN PEMBELIAN
(SOFT COVER) - Harga Jualan RM 70.00
(HARD COVER)- Harga Jualan RM 120.00
AMANIE MEDIA SDN. BHD.
Level 33, Menara Binjai
No. 2, Jalan Binjai
Off Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
FOR SELF COLLECT
Monday - Friday : 11.00 am - 4.00 pm
Phone : +603 2181 8668
Fax : +603 2181 8448
Email : info@shariahminds.com
http://shariahminds.com/shop